KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR AKAN BERMULA

Hanya beberapa jam saja lagi aku akan bergelar sebagai pelajar. Semoga
aku akan menjadi pelajar yg baik dan tidak menyusahkan
guru-guru aku.

Segala persiapan telah disediakan......Hmmmmmmmm
opppssss... kena menari poco-poco untuk stamina...
jommm kawan-kawan, kita menari duluuuuuuu.....................

SEMINGGU YANG SIBUK DAN MEMENATKAN


Aku rasa penat sungguh minggu ni... maklumlah.. lepas ni aku akan menjadi
student semula... elehhhh nak sambung belajar mcm org lain juga...
Tapi siannn kat aku, dah tua bangka pun nak belajar lagi (walaupun rupa paras macam 23 tahun)
(perasan hensem,sambil korek bijih timah)

Yang membuatkan aku penat bukannya apa.... aku ni jaga komputer sekolah... (alahhhh
macam jaga kat sekolah tu...) kuii...kuiii
Cuma aku lebih advance sikit,..aku kena pastikan semua komputer berfungsi untuk
digunakan oleh guru-guru dan para murid...jadi...bila minggu ni minggu terakhir,
terpaksalahhhh aku meringankan tangan 'reformat' semula semua komputer yg ada dlmmakmal tu...

Bukan nak tunjukkkk rajinnnnn....tapi jadi jaga ni memang susah... lepas ni
Pn.Tamil akan ganti aku jaga makmal...so, biarlah aku bagi siapkan tugasan aku... nanti pening pulakkkk...

Satu lagi, Pn Hawa akan ganti aku mengajar maths dan BM kelas tahun 5...Tima kasih laaaaa
Puan Hawa...ooooooiiiiiiiii,,,,,,,,,,, walaupun muka masam mencuka...tapi,,,
kebolehan Puan Hawa memang tiada tandingan... Cayalahhhhh (ayat bodek selalu dikitar semula)

Kepada kawan-kawan, selama 3 bulan aku x ada kat sekolah......backup-backup lah
apa yang patut.....Nak main futsal jgn lupa ajak aku...Gunung Daik bercabang tiga aku ni, aku tgk semakin
naik... hampir sama dgn Atiqi....

Jadilah guru yang sentiasa cemerlang....Ingatlah slogan ini.....
MURID DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...


aikkkk.....cam nak sama je....kira bolehlah......

Buat cikgu Ajeli,,,, tolong ambik anak kawe (Hakim) bawa balik yeeeeee......
aku kan nak dapat baby.... so, layannnnnn
(Ssoalan kuiz hari ini....., tahun bilakah en. atiqi akan mula menimang anak???)



MENCUBA ILMU BARU

Sekadar mencuba ilmu baru...Apa salahnya. Aku dok belajar ubah gambar menjadi sebuah lukisan potret. Jenuh aku tekan sana-tekan sini...last-last, inilah hasil yang aku dapat..

Kalau nak cakap puas hati, banyak lagi kelemahannya... tapi mungkin ini baru permulaan.. Nak tengok ke hasil yang menakjubkan ... tapi bukan aku buat.. orang lain.. aku dok belajar ni pun sebab kagum kat orang ni la... tengoklah yeee....

AH LONG

Kadang-kadang aku tak paham pasal apa orang kita suka sangat meminjam daripada ah long ni... semua umat tahu betapa kejamnya golongan ini... tapi, aku tetap percaya, mereka yang meminjam ini tentulah mempunyai sebab musabab yang logik pada akal mereka untuk meminjam...

mungkin sebagai pilihan, inilah ah long yang patut dijadikan pilihan.... kejam.. tetapi kelakar...

RAKYAT PERAK DAPAT MENTERI BESAR YANG SAH


aKu sebagai rakyat perak mengalu-alukan pengumuman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa MB Perak yang SAH ialah Dato' Seri Zamri Abd. Kadir... Bukan apa, kesian kat orang di Perak... penat, suspen, meluat dan sebagainya.....

Negeri lain dah selesai lama dah benda-benda macam ni... kat Perak negeri aku ni.... lama bebenor..Apalah agaknye ye... ujian tuhan nak bagi...

Apa-apa pun, ingatan aku kepada semua "YANG MENANG BUKAN MENANG SEMUA...YANG KALAH PULA BUKAN KALAH SEMUA"....

semoga apa yg berlaku ini menjadi ikhtibar buat kita sebagai orang yang beriman....
....... adiossss...

KAWAN-KAWAN

guru-guru (orang kuat) di sekolah aku..."Hebat Tidak Bermegah"

Hidup kat dunia ni, kalau tak berkawan dengan orang lain baik dok kat hutan. Tak rugi berkawan sebab banyak perkara baru dan peristiwa baru dapat dipelajari.

Tapi lebih merugikan kalau tak berkawan dengan orang hebat yang terdapat di sekolah aku... Kawan-kawan aku ni hebat-hebat belaka. Semuanya ada kemahiran dan kepakaran tersendiri.
Contohnya : Cikgu Fauzi ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Pemeriksa Kertas UPSR, Jurulatih bertauliah Kokurikulum) ,
Encik Azizul ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Juruacara bertaraf lima bintang, bila dengaq dia cakap, air liur boleh leleh tak sedaq, pemalu orangnya),
Encik Azley ( kalau bab komputer dan ICT, inilah orangnya, satu lagi bab keta- tukar setahun sekali) ,
Cikgu Tiqi ( ini lagi ganas, pakar DSLR , jurufoto bertauliah, guru pakar pendidikan jasmani) ,
Encik Mustaffal ( cikgu hebat, pasai data hang jangan kelentong dia. Segala-gala data dia tahu. Memang dashyat betui),
Cikgu Malik ( antara cikgu lama, pendiam orangnya, tapi bila dia mula berkata-kata, jaga-jaga sebab kata-kata itu bermakna dan besar serta dalam maksudnya),
Ustaz Sarbini ( apa soalan yg dia tak boleh jawab, setakat soalan PTK, sambil baring pun boleh jawab. Pasai keja, masya-Allah, rajin dan teratur saja),
Encik Halim ( ketua polis kat sekolah aku, sangat berdisiplin, enrolmen murid dia jaga. murid ada 480 orang semua nama murid dia hafai. Haaaaaa... terkejutkan..tu la aku dah kata)
dan akhir sekali, Cikgu Zaidi ( ada asma, tapi bila main futsal, asma pun takut kat dia. Minta tukar ke Perak, x tau la.. perak kucar-kacir, tak tau menteri besar mana nak pi jemput dia kat lpgn terbang).
Aku??? hanya seorang guru biasa ... tiada apa yang istimewa...hukkkk...hukkk...hukkkk

Blog Terbaru (peribadi)

gambar aku, En.Halim (orang kuat) dan anak sulong.

Kadang-kadang terpikiaq jugak, pasai pa boleh buat blog sekolah tapi blog sendiri maleh nak buat..Chehhh....apa raaaa... Malas sungguh kalau untuk diri sendiri..

Tak boleh jadi...aku pun nak ada blog sendiri supaya aku dapat bersuara mengikut kata hati...
Nak cakap pasai apa??? Nanti sat, biaq aku pikiaq... apa-apa pun, hang pa tunggu ja posting aku yang seterusnya....... ok. bro....

MASA TERUS BERLALU

Blog Widget by LinkWithin

AKU

AKU
manusia biasa......

Siapa Aku???

Aku ialah insan kerdil di bumi Allah.. Sekadar merenungi segala tingkah laku dan peristiwa yang berlaku di sekeliling hidup, adalah merugikan jika peristiwa yang berlaku ini tidak dirakam dan dipaparkan..
Semoga paparan ini akan menjadi pengalaman dan pedoman yang paling berharga dalam hidup aku dan kepada mereka yg ingin belajar dan menginsafi diri....