Hidup kat dunia ni, kalau tak berkawan dengan orang lain baik dok kat hutan. Tak rugi berkawan sebab banyak perkara baru dan peristiwa baru dapat dipelajari.
Tapi lebih merugikan kalau tak berkawan dengan orang hebat yang terdapat di sekolah aku... Kawan-kawan aku ni hebat-hebat belaka. Semuanya ada kemahiran dan kepakaran tersendiri.
Contohnya : Cikgu Fauzi ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Pemeriksa Kertas UPSR, Jurulatih bertauliah Kokurikulum) ,
Encik Azizul ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Juruacara bertaraf lima bintang, bila dengaq dia cakap, air liur boleh leleh tak sedaq, pemalu orangnya),
Encik Azley ( kalau bab komputer dan ICT, inilah orangnya, satu lagi bab keta- tukar setahun sekali) ,
Cikgu Tiqi ( ini lagi ganas, pakar DSLR , jurufoto bertauliah, guru pakar pendidikan jasmani) ,
Encik Mustaffal ( cikgu hebat, pasai data hang jangan kelentong dia. Segala-gala data dia tahu. Memang dashyat betui),
Cikgu Malik ( antara cikgu lama, pendiam orangnya, tapi bila dia mula berkata-kata, jaga-jaga sebab kata-kata itu bermakna dan besar serta dalam maksudnya),
Ustaz Sarbini ( apa soalan yg dia tak boleh jawab, setakat soalan PTK, sambil baring pun boleh jawab. Pasai keja, masya-Allah, rajin dan teratur saja),
Encik Halim ( ketua polis kat sekolah aku, sangat berdisiplin, enrolmen murid dia jaga. murid ada 480 orang semua nama murid dia hafai. Haaaaaa... terkejutkan..tu la aku dah kata)
dan akhir sekali, Cikgu Zaidi ( ada asma, tapi bila main futsal, asma pun takut kat dia. Minta tukar ke Perak, x tau la.. perak kucar-kacir, tak tau menteri besar mana nak pi jemput dia kat lpgn terbang).
Aku??? hanya seorang guru biasa ... tiada apa yang istimewa...hukkkk...hukkk...hukkkk

1 comments:
kepada semua rakan, jangan marah haaaa...
Post a Comment