RAKYAT PERAK DAPAT MENTERI BESAR YANG SAH


aKu sebagai rakyat perak mengalu-alukan pengumuman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa MB Perak yang SAH ialah Dato' Seri Zamri Abd. Kadir... Bukan apa, kesian kat orang di Perak... penat, suspen, meluat dan sebagainya.....

Negeri lain dah selesai lama dah benda-benda macam ni... kat Perak negeri aku ni.... lama bebenor..Apalah agaknye ye... ujian tuhan nak bagi...

Apa-apa pun, ingatan aku kepada semua "YANG MENANG BUKAN MENANG SEMUA...YANG KALAH PULA BUKAN KALAH SEMUA"....

semoga apa yg berlaku ini menjadi ikhtibar buat kita sebagai orang yang beriman....
....... adiossss...

KAWAN-KAWAN

guru-guru (orang kuat) di sekolah aku..."Hebat Tidak Bermegah"

Hidup kat dunia ni, kalau tak berkawan dengan orang lain baik dok kat hutan. Tak rugi berkawan sebab banyak perkara baru dan peristiwa baru dapat dipelajari.

Tapi lebih merugikan kalau tak berkawan dengan orang hebat yang terdapat di sekolah aku... Kawan-kawan aku ni hebat-hebat belaka. Semuanya ada kemahiran dan kepakaran tersendiri.
Contohnya : Cikgu Fauzi ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Pemeriksa Kertas UPSR, Jurulatih bertauliah Kokurikulum) ,
Encik Azizul ( Guru Pakar Bahasa Malaysia, Juruacara bertaraf lima bintang, bila dengaq dia cakap, air liur boleh leleh tak sedaq, pemalu orangnya),
Encik Azley ( kalau bab komputer dan ICT, inilah orangnya, satu lagi bab keta- tukar setahun sekali) ,
Cikgu Tiqi ( ini lagi ganas, pakar DSLR , jurufoto bertauliah, guru pakar pendidikan jasmani) ,
Encik Mustaffal ( cikgu hebat, pasai data hang jangan kelentong dia. Segala-gala data dia tahu. Memang dashyat betui),
Cikgu Malik ( antara cikgu lama, pendiam orangnya, tapi bila dia mula berkata-kata, jaga-jaga sebab kata-kata itu bermakna dan besar serta dalam maksudnya),
Ustaz Sarbini ( apa soalan yg dia tak boleh jawab, setakat soalan PTK, sambil baring pun boleh jawab. Pasai keja, masya-Allah, rajin dan teratur saja),
Encik Halim ( ketua polis kat sekolah aku, sangat berdisiplin, enrolmen murid dia jaga. murid ada 480 orang semua nama murid dia hafai. Haaaaaa... terkejutkan..tu la aku dah kata)
dan akhir sekali, Cikgu Zaidi ( ada asma, tapi bila main futsal, asma pun takut kat dia. Minta tukar ke Perak, x tau la.. perak kucar-kacir, tak tau menteri besar mana nak pi jemput dia kat lpgn terbang).
Aku??? hanya seorang guru biasa ... tiada apa yang istimewa...hukkkk...hukkk...hukkkk

Blog Terbaru (peribadi)

gambar aku, En.Halim (orang kuat) dan anak sulong.

Kadang-kadang terpikiaq jugak, pasai pa boleh buat blog sekolah tapi blog sendiri maleh nak buat..Chehhh....apa raaaa... Malas sungguh kalau untuk diri sendiri..

Tak boleh jadi...aku pun nak ada blog sendiri supaya aku dapat bersuara mengikut kata hati...
Nak cakap pasai apa??? Nanti sat, biaq aku pikiaq... apa-apa pun, hang pa tunggu ja posting aku yang seterusnya....... ok. bro....

MASA TERUS BERLALU

Blog Widget by LinkWithin

AKU

AKU
manusia biasa......

Siapa Aku???

Aku ialah insan kerdil di bumi Allah.. Sekadar merenungi segala tingkah laku dan peristiwa yang berlaku di sekeliling hidup, adalah merugikan jika peristiwa yang berlaku ini tidak dirakam dan dipaparkan..
Semoga paparan ini akan menjadi pengalaman dan pedoman yang paling berharga dalam hidup aku dan kepada mereka yg ingin belajar dan menginsafi diri....